Monday, 6 May 2013

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING !

Sekolah kami telah mnyertai pertandingan choral speaking.Sebelum pertandingan bermula,peserta choral speaking telah berlatih dengan bersungguh-sungguh..Mereka berjaya mendapat tempat ke-3 dalam peringkat daerah.

PERTANDINGAN BOLA JARING !

Pada bulan febuari yamg lalu sekolah kami telah menyertai pertandingan bola jaring.Pertandingan ini telah disertai oleh menengan atas dan menengan bawah.Menengah atas telah berjaya mendapat tempat ke-2 manakala menengah bawah berjaya menjadi juara dalam pertandingan bola jaring ini.Menengah bawah dapat pergi ke peringkat seterusnya.Pada peringkat seterusnya,menengah bawah telah berjaya mendapat tempat ke-3.

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI

  • Pada bulam mac yang lalu,sekolah SMKA(P)ALMASHOOR telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan nasyid peringkat daerah.Sekolah kami telah berjaya merangkul juara dalam pertandingan tersebut.Kami menjadi wakil  dalam perinhgkat daerah timur laut.
  • Pada bulan April pula,kami bertanding di Sekolah Menengah  Permatang Pasir di Seberang Perai.Kami tewas namun kami berjaya mendapat tempat ke-4.

SISTEM KAD DEMERIT

Pada sesi awal persekolahan sekolah smka(P) almashoor telah mewujudkan sistem dimerit bagi pelajar yang telah membuat kesalahan.Tujuannya adalah untuk membentuk sikap pelajar agar menjadi lebih baik.Sistem ini diwujudkan bagi mempraktikan sikap ingin mematuhi peraturan sekolah kepada pelajar.

Monday, 29 April 2013

kakitangan



ORGANISASI SEKOLAH
Barisan Pentadbir Sekolah: Berdiri dari kiri: Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) , Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam), Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik), En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)
Duduk dari kiri: Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),
Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)

Barisan Staf Akademik sekolah

Logo




Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.

VISI,MISI,MOTO & SLOGAN


VISI SEKOLAH
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak